MyCPD adalah satu perkhidmatan yang digunakan sering digunakan oleh staff Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa itu MyCPD?
MyCPD atau Continuing Professional Development adalah sebuah platform yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pembangunan profesional berterusan dalam kalangan pekerja kesihatan. Ini adalah suatu proses yang sistematik untuk memelihara, memperbaiki, dan memperluas pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran, serta membangunkan kualiti peribadi yang diperlukan untuk melaksanakan tugas profesional sepanjang hayat kerjaya seseorang. Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan, adalah penting bagi profesional kesihatan untuk terus memperkini diri dengan perkembangan terbaru yang akan memberikan penjagaan dan hasil rawatan yang lebih baik untuk pesakit mereka.
Cara Login MyCPD / mycpd2
Untuk log masuk ke dalam sistem MyCPD:
- layari : https://www.mycpd2.moh.gov.my/
- pengguna perlu memasukkan ID Pengguna yang merangkumi nombor MyKad, Tentera, atau Pasport dan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Terdapat pilihan untuk menukar bahasa antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Jika anda lupa kata laluan, terdapat pautan “Lupa kata laluan?” untuk membantu anda menetapkan semula kata laluan. Selain itu, bagi mereka yang belum mempunyai akaun, terdapat pautan “Daftar” untuk pendaftaran akaun baru.
Pengumuman MyCPD
- Pengumuman Sistem Grading MMC-CPD Baru: Mulai 1 Julai 2023, sistem grading baru MMC-CPD akan digunakan. Ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat MMC ke-431 pada 20 Jun 2023.
- Keperluan untuk Mendaftar HCP Baru untuk Farmasis dan Pembantu Farmasis: Mulai 1 Januari 2023, semua praktisi yang menggunakan versi MyCPD 2.0 dikehendaki mendaftar kategori HCP baru dan menggunakan HCP ini untuk tuntutan mata CPD.
- Keperluan untuk Mendaftar HCP Baru untuk Praktisi Pergigian: Mulai 1 Januari 2023, semua praktisi perubatan pergigian yang menggunakan versi MyCPD 2.0 dikehendaki mendaftar kategori HCP baru dan menggunakan HCP ini untuk tuntutan mata CPD.
MyCPD adalah sebuah inisiatif penting oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan pekerja kesihatan di Malaysia. Dengan adanya platform ini, ia memudahkan para profesional untuk mengakses pelbagai jenis bahan pembelajaran dan juga memantau perkembangan CPD mereka. Selain itu, sistem ini juga memudahkan pengurusan dan penilaian mata CPD yang telah dikumpul, yang mana adalah syarat penting untuk pembaharuan sijil amalan tahunan (APC) dan lain-lain keperluan profesional.
Semoga maklumat ini bermanfaat dan membantu anda memahami lebih lanjut mengenai MyCPD.