Piramid Makanan Malaysia adalah alat panduan untuk menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari berdasarkan kumpulan makanan.
- Terdapat 4 aras dalam piramid ini, dengan kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti paling banyak diletakkan pada dasar piramid.
- Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini Piramid Makanan Malaysia pada tahun 2020, berdasarkan bukti saintifik terkini dan status pemakanan rakyat Malaysia.
Perubahan Utama:
- Pemindahan Kumpulan Makanan:
- Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan kini diletakkan pada dasar piramid.
- Perubahan ini berbeza daripada Piramid Makanan 2010 yang menempatkan makanan sumber karbohidrat pada dasar piramid.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan kini perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.
- Ini mencerminkan kepentingan vitamin dan mineral dari buah-buahan dan sayur-sayuran dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.
- Pengurangan Pengambilan Karbohidrat:
- Julat peratus pengambilan karbohidrat disarankan adalah 50-65%, berbanding 55-75% dalam piramid 2010.
- Saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung juga ditekankan.
- Pengenalan Saranan Air:
- Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari kini dimasukkan dalam ilustrasi piramid.
- Pengambilan air yang mencukupi penting untuk kehidratan badan dan menjaga kesihatan, terutama dalam situasi pandemik Covid-19.
- Tujuan dan Harapan:
- Piramid Makanan Malaysia 2020 diharapkan dapat membimbing rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat setiap hari.
- Melalui panduan ini, diharapkan kesihatan rakyat dapat terjaga dan terhindar dari jangkitan penyakit serta risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan hipertensi dapat dikurangkan.
Untuk pengetahuan, tajuk pemakanan seimbang juga sering ada dalam soalan Bahasa Melayu penulisan untuk meminta anda menghasilkan karangan. Dengan mengetahui fakta asa mengenai piramid makanan ini, ianya dapat membantu anda menulis karangan dengan lebih baik.