Program MyLesen B2 Tahun 2024, anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), ditujukan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Apa itu MyLesen B2
Program MyLesen B2 Tahun 2024, anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), ditujukan untuk membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.MyLesen B2 adalah program yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, termasuk kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Inisiatif ini menyediakan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 secara percuma kepada 35,000 orang penerima atau tanggungan bantuan golongan B40.
Syarat Mohon MyLesen B2
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Syarat-syarat kelayakan termasuklah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
- Sihat tubuh badan dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu; dan
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan pada pautan ini: Permohonan Mylesen B2
Nombor untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, individu boleh menghubungi JPJ melalui:
- Telefon: +603-8892 8714 atau +603-8892 8693