mySPP 2024: SPP Login, Semakan Temuduga dan Permohonan

Sistem MySPP, yang merupakan portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, menyediakan platform bagi graduan dan calon yang berminat untuk memohon pelbagai jawatan dalam sektor pendidikan. Portal ini menawarkan maklumat terperinci mengenai proses pengambilan, syarat lantikan, dan panduan pengguna yang komprehensif untuk membantu calon dalam membuat permohonan dan semakan status permohonan mereka​

Semua jawatan di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia akan ditawarkan pada laman web ini dan para pemohon menggunakan sistem ini untuk mengisi borang permohonan.

Ini termasuklah jawatan sebagai guru , kerani sekolah, pembantu am, dan lain-lain.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Sebelum menggunakan mySPP, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.

Cara Daftar Akaun SPP mySPP Online

  1. Layari laman web https://myspp.spp.gov.my
  2. Klik daftar akaun baharu.
  3. Pastikan semua ruangan di dalam borang pendaftaran diisi dengan lengkap.
  4. Klik butang daftar.
myspp daftar.

Cara Login Ke Dalam SPP MySPP Online

Selesai membuat pendaftaran, anda boleh terus login untuk mengisi borang permohonan online.Pautan Login di sini: https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp? . Masukkan kad pengenalan dan kata laluan anda.

Jika anda membuat permohonan baru, permohonan sebelum ini akan terbatal. Namun sekiranya permohonan dahulu sedang dalam proses, ianya tetap akan diteruskan.

Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk kemaskini mengenai jawatan terbaru yang ditawarkan di dalam SPP.

Cara Semakan Keputusan Temuduga

Jika anda pernah mengikuti temuduga SPP sebelum ini, semakan keputusan temuduga anda boleh anda ketahui dan boleh disemak pada pautan https://semakan.spp.gov.my/

Apakah MyID saya?bagaimana cara mendapatkannya?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda.

ID saya telah wujud. Apa perlu saya lakukan?

Klik lupa kata laluan untuk menetapkan semula kata laluan anda.