Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak.
Apa itu PADU
PADU merupakan sebuah sistem digital yang selamat dan komprehensif, yang membantu dalam digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dalam sistem PADU. Sistem ini memudahkan proses pengesahan data dan maklumat individu untuk pelbagai tujuan seperti bantuan kerajaan dan program sosio-ekonomi.
Cara Daftar PADU
Pendaftaran dalam PADU boleh dilakukan secara online atau manual. Untuk pendaftaran online,
- Pengguna perlu mengunjungi laman web rasmi PADU https://padu.gov.my/auth/daftar
- Mengisi maklumat peribadi
- Mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan termasuk pengesahan identiti melalui e-KYC.
- Bagi pendaftaran manual, kerajaan menyediakan fasiliti di pejabat-pejabat daerah, pusat ekonomi digital, dan premis-premis agensi kerajaan untuk mereka yang menghadapi masalah capaian internet.
Login PADU
Untuk log masuk ke dalam sistem PADU,layari https://padu.gov.my/ . Klik butang log masuk yang tertera di sebelah kanan atas lamanb web PADU>=. Pengguna perlu menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dicipta semasa pendaftaran.
Proses log masuk ini penting untuk mengemaskini dan mengesahkan maklumat peribadi, mengakses program subsidi, mengecek kelayakan, menebus insentif dan ganjaran, serta mengurus data dan berinteraksi dengan inisiatif kerajaan.
Kelebihan dan Kegunaan PADU
PADU menyatukan lebih dari 270 pengkalan data kerajaan, memudahkan pengesahan data dan penyebaran manfaat yang adil. Ini termasuk pemberian subsidi berdasarkan data yang ada dalam PADU. Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan, dan MAMPU tanpa melibatkan kontrak swasta. Kementerian Ekonomi mengumumkan bahawa PADU akan diakses oleh rakyat Malaysia mulai 2 Januari 2024, memungkinkan mereka untuk mewujudkan akaun dan mengemas kini maklumat peribadi. Dengan PADU, pengguna perlu mengemas kini 39 jenis data, termasuk nama, nombor kad pengenalan, dan alamat kediaman.
Kesimpulan
PADU adalah inisiatif penting yang memanfaatkan teknologi digital untuk mengumpulkan dan mengurus data penduduk Malaysia secara efisien. Dengan sistem ini, kerajaan dapat melaksanakan dasar dan program bantuan dengan lebih tepat dan adil. Proses pendaftaran dan log masuk yang mudah memudahkan warga negara untuk mengakses dan mengemaskini maklumat mereka sendiri, menjadikan PADU sebuah platform yang sangat berguna bagi rakyat Malaysia.