Penentangan Dol Said di Naning (Abad ke-19)

By Cikgu Mardhia

Penentangan Dol Said di Naning ketika abad ke-19. Berikut adalah kronologi perisitiwa dan sebab penentangan beliau.


Penentangan Dol Said di Naning (Abad ke-19)


Latar Belakang

  • Nama: Abdul Said bin Omar, dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said.
  • Asal: Dilahirkan pada tahun 1773, berasal dari suku Semelenggang di Naning.

Sebab Penentangan

  • Bayaran Cukai: Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10 yang dikenakan oleh British ke atas Naning.
  • Tuntutan Kemerdekaan: Dol Said mendakwa bahawa Naning ialah sebuah negeri yang bebas dan merdeka, tidak perlu tunduk kepada peraturan British.

Peristiwa Penentangan

Pakatan dengan Pemimpin Rembau dan Tokoh Melayu Lain:

  • Dol Said bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin di Rembau dan beberapa kawasan lain.
  • Tokoh penting dalam pakatan ini termasuk:
    • Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau
    • Pembesar Seri Menanti
    • Penghulu Gemencheh
    • Dato’ Kelana Sungai Ujong
    • Penghulu Remai dan Rechat
    • Penghulu Linggi, Johol, dan Ulu Muar
  • Pakatan ini berjaya mengumpulkan kira-kira 4,000 orang hulubalang Melayu untuk menentang British.

Perang Naning Pertama (1831):

  • Pada tahun 1831, Perang Naning Pertama berlaku, dan Dol Said serta pengikutnya berjaya mengalahkan tentera British dalam pertempuran tersebut.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Perpecahan Pakatan dan Perang Naning Kedua (1832):

  • British berjaya memecahbelahkan pakatan Dol Said dengan pemimpin Melayu yang lain.
  • Pada tahun 1832, dalam Perang Naning Kedua, Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan memberi bantuan kepada Dol Said.
  • British akhirnya berjaya menakluk Taboh, iaitu pusat pentadbiran Naning, dan menggabungkan Naning ke dalam Melaka di bawah pengaruh British.

nota: Nota ini berdasarkan Sejarah Tingkatan 3 Bab 7.

Nota lain:

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment