Persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British dan Belanda untuk membahagikan kawasan pengaruh masing-masing. Perjanjian London 1824 ditandatangani untuk membahagikan wilayah pengaruh dan memperkukuhkan kedudukan kedua-dua kuasa. Perjanjian ini memberikan kesan jangka panjang kepada politik dan geografi Alam Melayu.
Kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu
Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat
- Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan, memisahkan wilayah pengaruh British dan Belanda.
- British menguasai kawasan utara, manakala Belanda menguasai selatan.
- Pembahagian ini memastikan ketenteraman dan mengekalkan kestabilan politik di Alam Melayu.
Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau
- Singapura Menjadi Tanah Jajahan British:
- Singapura dipertuan oleh Sultan Hussein Muhammad Shah.
- Pada Ogos 1824, Singapura diserahkan kepada British.
- Sultan dan Temenggung mendapat pampasan dan elaun bulanan.
- Berakhirnya Kesultanan Riau Lingga:
- Riau Lingga di bawah pengaruh Belanda, dan pada 1911 kesultanannya dimansuhkan.
- Pengisytiharan Kedaulatan Pahang:
- Bendahara Pahang isytihar negeri bebas pada 1853, lepas berlakunya perpecahan dengan Kesultanan Johor Riau.
Selat Melaka di bawah Penguasaan British
- British menguasai pelabuhan strategik seperti Melaka, Singapura, dan Pulau Pinang.
- Perjanjian ini memberi akses British kepada perdagangan di Tanah Melayu.
Topik dari Sejarah Tingkatan 3 Bab 2
Kesimpulan
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Perjanjian London 1824 adalah strategi pengagihan kuasa oleh British dan Belanda untuk mengawal Alam Melayu. Ia menandakan titik mula pengaruh kolonial Barat yang dominan di rantau ini, memberi kesan jangka panjang kepada pembahagian wilayah politik dan kestabilan pemerintahan di Malaysia.
baca juga: