Pembentukan Negeri-negeri Selat 1826

, ,

Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat. Penggabungan ini bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran dan mengurangkan kos perbelanjaan. Negeri-negeri Selat menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu, terutamanya dengan Selat Melaka sebagai laluan penting perdagangan global.


Kepentingan Pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British

  • Menguasai keseluruhan Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu.
  • Menarik lebih banyak pedagang dari seluruh dunia, termasuk dari Arab, India, China, dan Eropah.
  • Menjadi pusat pengumpulan hasil bumi, terutamanya bijih timah, untuk bersaing dengan pelabuhan Belanda.
  • Membangunkan ekonomi dengan kemasukan pelabur asing, mempercepatkan perkembangan Negeri-negeri Selat.
  • Menjadi pintu masuk tenaga buruh dari luar, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi British dan menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum.

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

  • Negeri-negeri Selat: Memerlukan hasil ekonomi dari negeri-negeri Melayu untuk perdagangan dan memajukan ekonomi mereka.
  • Negeri-negeri Melayu: Memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagangkan hasil ekonomi, khususnya bijih timah.

Pembentukan Negeri-negeri Selat memberi British kelebihan untuk menguasai laluan perdagangan utama antara India dan China. Ini menguatkan kedudukan ekonomi Negeri-negeri Selat dan menyaingi pengaruh Belanda di Alam Melayu.

Topik ini adalah dari Sejarah Tingkatan 3 bab 2.


📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Fakta Tambahan:

  • Penempatan British di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat termasuk Dinding (diserahkan kembali kepada Perak pada 1935), Pulau Cocos, Labuan, dan Pulau Krismas, yang memperkukuh penguasaan British di rantau ini.

Baca juga:

Leave a Comment