Permohonan Biasiswa Asasi UniSHAMS 2025

UniSHAMS menawarkan Biasiswa Asasi kepada pelajar yang memenuhi syarat kemasukan program Asasi di universiti tersebut. Biasiswa ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu pelajar yang berhak mendapatkan pendidikan tinggi.

Syarat-syarat Permohonan

  • Hanya pelajar program Asasi UniSHAMS yang layak memohon.
  • Biasiswa ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia.
  • Pelajar yang menerima Biasiswa UniSHAMS perlu meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga tamat di UniSHAMS.

Struktur Pembiayaan

Biasiswa ini melibatkan pembiayaan untuk yuran pendaftaran, yuran pengajian dan yuran pentadbiran selama 3 semester. Namun, yuran asrama perlu ditanggung oleh pelajar. Kelayakan manfaat Biasiswa UniSHAMS akan diambil kira berdasarkan Pencapaian Purata Matagred Semester (PMS) pelajar.

Berikut adalah jadual insentif pembiayaan:

Semester yang DibiayaKeputusan Semester yang Diambil KiraPencapaian Purata Mata PelajaranYuran Pendaftaran (RM250)Yuran Pengajian (RM5455)Yuran Pentadbiran (RM265)Yuran Asrama (RM480)
1 semTiadaTiadaDibiayaDibiayaTidak Dibiaya
2 dan 31 dan 23.00 – 4.00DibiayaDibiayaTidak Dibiaya
2 dan 31 dan 22.00 – 2.99DibiayaTidak DibiayaTidak Dibiaya
2 dan 31 dan 21.99 dan kebawahTidak DibiayaTidak DibiayaTidak Dibiaya

Nota Penting

  • Biasiswa UniSHAMS hanya ditawarkan untuk 3 semester sahaja.
  • Pelajar yang mendapat Skim Pendidikan Percuma juga perlu memastikan mereka tidak terlibat dengan kesalahan tatatertib bagi mengelakkan Biasiswa UniSHAMS ditarik balik dan pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.
  • Pelajar yang menerima Biasiswa UniSHAMS WAJIB meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga tamat di UniSHAMS. Sekiranya gagal berbuat demikian maka pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pengajian Asasi UniSHAMS di talian 04-4155561/5562.

Leave a Comment