Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan Bantuan Am Persekolahan bagi membantu ummah yang memerlukan. Bantuan ini khusus untuk pelajar Tingkatan 6 Semester 1 dan permohonan dibuka bermula 10 Julai 2023.
Syarat Permohonan
Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat. Antara syarat-syarat tersebut ialah:
- Beragama Islam
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap
- Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan
- Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2023
Borang Permohonan
Borang permohonan boleh didapati di laman web MAIWP atau di Cawangan PAZA MAIWP. Pemohon boleh menghantar borang permohonan ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (Bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya). Atau boleh muat turun di sini.

Tarikh Tutup Permohonan
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 09 OGOS 2023. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi:
- Kuala Lumpur : 019-2008458
- Putrajaya : 011-59496216
Dengan adanya bantuan am persekolahan ini, MAIWP berharap dapat membantu ummah dalam menyempurnakan pendidikan mereka dan mencapai kejayaan yang lebih baik. Ini adalah sebahagian daripada usaha MAIWP dalam memastikan bahawa setiap individu yang memerlukan bantuan dapat menerimanya dengan mudah dan cepat.