Berita terkini mengenai UPU, diumumkan permohonan untuk kemasukan ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA) akan dibuka melalui UPU Online pada 7 Februari 2023 sehingga 28 Mac 2023 untuk permohonan Fasa Pertama, dan pada 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 untuk permohonan Fasa Kedua.
Pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf dipelawa untuk memohon program pengajian yang berkelayakan pada permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja dibuka pada permohonan Fasa Kedua.
Cara Permohonan UPU 2023/2024
Untuk memohon melalui UPU Online 2023, pelanggan boleh mengakses laman web: https://upu.mohe.gov.my. Sejajar dengan inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, bayaran proses UPU Online sebanyak RM15.00 untuk mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Seramai lebih daripada 350,000 calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
artikel lain:
Terbuka peluang kepada semua calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi dengan sejumlah 471 program pengajian yang ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,088 program pengajian kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA di seluruh negara.
Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan menyeru kepada semua calon yang berkelayakan untuk memohon. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA melalui alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA J
ABATAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 4,
MENARA 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363 E-mel: upu@mohe.gov.my
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
Kementerian Pendidikan Tinggi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini dan menghargai setiap permohonan yang diterima. Tarikh tutup permohonan hendaklah diambil perhatian dan dihormati. Terima kasih.