Proses Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu 1955

,

  1. Penentuan Sempadan Kawasan Pilihan Raya
    • 26 April 1954: Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan.
    • Contoh: Kawasan Pilihan Raya Kuala Lumpur, Melaka.
  2. Penggubalan Rang Undang-Undang Pilihan Raya
    • Ogos 1954: Undang-undang ini diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
  3. Pendaftaran Pengundi
    • Bermula pada 18 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu.
    • Tarikh tamat pendaftaran: 29 Oktober 1954.
  4. Penamaan Calon
    • 15 Jun 1955: Tarikh penamaan calon yang layak untuk bertanding.
  5. Kempen Pilihan Raya
    • Kempen pilihan raya berlangsung selama 45 hari untuk calon berkempen.
  6. Hari Pengundian
    • Pengundian berlangsung pada 27 Julai 1955 di seluruh Tanah Melayu.
  7. Proses Pengiraan Undi
    • Peti undi dihantar ke pusat pengiraan untuk pengesahan.
  8. Pengumuman Keputusan
    • Keputusan diumumkan selepas pengiraan undi selesai.

Syarat untuk Menjadi Pengundi dan Calon

  1. Syarat Menjadi Pengundi:
    • Warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
    • Berumur 21 tahun ke atas.
    • Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu selama 6 bulan sebelum pendaftaran.
  2. Syarat Menjadi Calon:
    • Sama seperti pengundi.
    • Berpengetahuan bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Keputusan Pilihan Raya 1955

Nama PartiBilangan CalonKerusi DimenangiUndi (%)
Perikatan (UMNO, MCA, MIC)525179.6
Parti Negara3307.6
PAS1113.9
Parti Kebangsaan Perak902.0
Parti Buruh1800.4
  • Jumlah Undi Perikatan: 818,013 daripada 1.28 juta pengundi.

Pilihan Raya Awal di Sabah dan Sarawak

  1. Sarawak (1956):
    • Kawasan pertama: Kuching Municipal Council (KMC).
    • Pilihan raya untuk mewakili masyarakat tempatan.
  2. Sabah (1962):
    • 16 Disember 1962: Local Government Elections Ordinance digubal.
    • Melibatkan 118 kawasan pilihan raya.

Pilihan raya ini menandakan permulaan demokrasi dan semangat kerjasama antara kaum dalam usaha memupuk kemerdekaan Tanah Melayu.

Artikel lain:

Leave a Comment