Semakan Kemasukan ke SBP / SMKA/SMT/KV/MTD 2024 (PKSK)

PKSK, atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, adalah satu proses penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menilai calon-calon yang ingin mendaftar masuk ke sekolah-sekolah khusus seperti SBP, SMKA, SMT, KV, dan MTD. PKSK dijalankan pada setiap tahun bagi menilai calon-calon untuk kemasukan pada tahun yang berikutnya.

Untuk tahun kemasukan 2024, semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat (4) dan Tingkatan (1) di Sekolah Khusus (SBP / SMKA / SMT / KV / MTD) akan dibuka pada 1 Mac 2024 . Pemohon boleh membuat semakan melalui laman web rasmi PKSK melalui link semakan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Khas

Untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat (4) dan tingkatan satu (1) di Sekolah Khusus, pemohon perlu memasukkan nombor MyKad dan juga nombor MyKad Penjaga Utama pada laman semakan yang telah disediakan. Pastikan maklumat nombor MyKad calon yang dimasukkan sama dengan yang tercatat dalam slip Permohonan Ke Sekolah Khusus (SBP / SMKA / KVSMT / MTD) untuk memudahkan proses semakan.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Bagi semakan tawaran kemasukan ke tingkatan Satu (1) di Sekolah Khusus, pemohon perlu mengakses laman web yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui link semakan yang telah disediakan. Pemohon juga perlu memasukkan nombor MyKad pada laman semakan yang telah disediakan.

Link semakan:

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan, pemohon boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui e-mel yang telah disediakan iaitu permohonan.skhusus@moe.gov.my.

Dalam proses PKSK, pemohon akan dinilai berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum. Oleh itu, pemohon perlu mempersiapkan diri dengan baik sebelum menghadapi proses PKSK. Pemohon juga perlu memastikan maklumat yang diberikan semasa permohonan kemasukan adalah tepat dan benar untuk memudahkan proses semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus.

Leave a Comment