Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 bersamaan hari khamis.
Tarikh Keputusan SPM Diumumkan
Bagi calon yang bersekolah, keputusan peperiksaan SPM 2024 boleh diperoleh daripada pihak sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Semakan Keputusan SPM Secara Online
Selain itu, kedua-dua calon sekolah dan calon persendirian juga mempunyai pilihan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah dalam talian atau sistem pesanan ringkas (SMS). Semakan dalam talian boleh dilakukan di laman web myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi.
Semakan Keputusan SPM Melalui SMS
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Untuk semakan melalui SMS, calon perlu menaip SPM [jarak] NoKP [jarak] AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem SMS ini akan beroperasi mulai pukul 10AM.
KPM ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2024. Keputusan peperiksaan ini merupakan hasil daripada usaha dan kerja keras yang telah diberikan oleh para calon, serta sokongan dan dorongan yang diberikan oleh guru dan keluarga. Diharapkan keputusan ini akan membuka peluang untuk terus melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi dan mencapai matlamat dalam kehidupan.
Dengan keluarnya keputusan peperiksaan SPM 2024/2025, diharapkan para calon dapat menggunakan hasil ini sebagai panduan dan motivasi untuk memilih jalan yang tepat dalam pengajian mereka. SPM merupakan satu langkah penting dalam perjalanan pendidikan seseorang dan memberikan asas yang kukuh untuk peluang masa depan yang cerah.
Bagi yang masih belum mengisi UPU, boleh buat Permohonan UPU 2025 sekarang.
Sekali lagi, tahniah kepada semua calon SPM Tahun 2024 atas pencapaian mereka. Semoga keputusan ini menjadi titik permulaan bagi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan mereka. Kepada calon yang tidak mencapai hasil yang diinginkan, jangan berkecil hati dan ter