Permohonan YTP MARA 2025 (Pinjaman Boleh Ubah)

By Cikgu Mardhia

Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2025 ialah program tajaan pendidikan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM 2024.
Program ini membiayai pengajian dari peringkat persediaan hingga ke ijazah pertama di institusi terpilih dalam dan luar negara.

Manfaat yang ditawarkan termasuk pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun pengangkutan, dan elaun lain berkaitan. Pinjaman ini boleh diubah menjadi biasiswa penuh atau separa bergantung kepada prestasi akademik selepas tamat pengajian.

Cara Permohonan YTP MARA 2025

Permohonan YTP MARA 2025 dibuat secara dalam talian bermula 28 April 2025 hingga 9 Mei 2025 jam 3.00 petang.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi MARA di https://educationloan.mara.gov.my.
  2. Daftar sebagai pengguna baharu atau log masuk jika sudah ada akaun.
  3. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi dan akademik.
  4. Jawab ujian psikometrik secara dalam talian.
  5. Semak semula semua maklumat sebelum menghantar permohonan.

Pastikan maklumat adalah tepat dan lengkap kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Cara Semakan YTP MARA 2025

Semakan status permohonan YTP MARA 2025 boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut:

  1. Akses portal rasmi MARA di https://educationloan.mara.gov.my.
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan.
  3. Klik “Semakan Status Permohonan” untuk mengetahui keputusan.

Keputusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS yang berdaftar.

Syarat Kelayakan YTP MARA 2025

Syarat umum:

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.
  • Menduduki SPM 2024 buat kali pertama.
  • Tidak menerima tajaan dari agensi lain untuk peringkat yang sama.
  • Tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.

Syarat akademik:

  • Sekurang-kurangnya enam (6) A- bagi permohonan pengajian dalam negara.
  • Sekurang-kurangnya tujuh (7) A- bagi permohonan pengajian luar negara.

Pemohon dibenarkan membuat maksimum dua pilihan kursus sahaja, dan pertukaran kursus selepas permohonan tidak dibenarkan.

Untuk Dihubungi

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan YTP MARA 2025 boleh dikemukakan melalui:

Calon digalakkan mengikuti media sosial rasmi MARA untuk notis terkini dan pengumuman penting.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment