Sukacita dimaklumkan bahawa semakan bagi tarikh kelayakan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara elektronik (e-UKCG) kini dibuka untuk calon-calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) bagi sesi pengambilan tahun 2025.
Semakan ini sangat penting bagi memastikan calon-calon mengetahui status kelayakan mereka sebelum menduduki e-UKCG yang merupakan salah satu syarat wajib dalam proses permohonan. Hanya calon-calon yang layak selepas semakan ini akan dibenarkan untuk meneruskan ke peringkat seterusnya.
Cara Semakan layak UKCG dan Tarikh Penting
Maklumat terperinci mengenai semakan adalah seperti berikut:
- Tarikh Semakan Dibuka: 19 Mac 2025 (Rabu)
- Waktu Semakan Dibuka: Selepas pukul 2:00 petang
- Pautan Rasmi Semakan: https://pismp.moe.gov.my
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Calon dinasihatkan untuk menyediakan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan maklumat permohonan yang lengkap bagi memudahkan proses semakan ini dilakukan. Pastikan juga calon membuat semakan secepat mungkin setelah pautan rasmi dibuka bagi mengelakkan sebarang kesulitan teknikal akibat trafik pengguna yang tinggi pada laman web tersebut.
Sekiranya calon menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan proses semakan ini, calon boleh menghubungi pihak pentadbir laman web berkenaan atau merujuk terus kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui saluran komunikasi rasmi.
Calon-calon yang berjaya melepasi semakan kelayakan ini diingatkan agar bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi e-UKCG yang bakal berlangsung tidak lama lagi. E-UKCG merupakan langkah penting dalam pemilihan bakal pendidik berkualiti untuk masa depan negara. Oleh itu, persediaan rapi dari segi mental dan fizikal amat diperlukan.
Selamat membuat semakan dan semoga berjaya dalam permohonan anda.