Panduan Cara Solat Dhuha (Mudah diikuti)

By infope

Solat sunat dhuha adalah salah satu jenis solat sunat yang dapat dilakukan oleh umat Islam sebagai cara untuk menambah amalan dan pahala. Solat ini dapat dikerjakan sebanyak dua, empat (4 rakaat), enam, atau bahkan hingga 12 rakaat (setiap dua rakaat satu salam sebaiknya).

Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang sangat digalakkan dalam agama Islam dan memiliki banyak kelebihan bagi mereka yang melaksanakannya. Pelaksanaan solat ini dapat dilakukan mulai dari terbitnya matahari hingga sebelum matahari tegak di atas kepala.

Berikut adalah panduan dan cara untuk mengerjakan Solat Dhuha serta Doa yang boleh diamalkan bersama.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Cara mengerjakan Solat Dhuha

1. Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

2. Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.

3. Membaca Surah

Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

  • Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  • As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  • Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).

Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

Doa dhuha boleh lihat di sini

Kelebihan Solat Dhuha

Antara kelebihan mengerjakan solat dhuha ini adalah seperti berikut :

  • Urusan harian dipermudahkan
  • Cara paling mudah untuk bersedekah
  • Memperoleh pahala umrah
  • Dilimpahi dan murahkan rezeki
  • Sebagai motivasi pagi
  • Rutin harian yang menyihatkan tubuh badan dan minda

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengerjakan solat dhuha.

Leave a Comment