Doa Dhuha (Arab dan Bacaan Rumi)

By infope

Doa dhuha adalah doa yang dibaca selepas kita mengerjakan Solat Dhuha. Di sini kami kongsikan bacaan Doa Dhuha. Kami bahagikan mengikut bacaan doa dalam bahasa Arab dan juga dalam penulisan rumi untuk memudahkan anda membacanya. Para guru, mahupun pelajar yang berkelapangan pada waktu dhuha bolehlah mengerjakan solat ini dan seterusnya membaca doa dhuha.

Bacaan Doa Dhuha

  • Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
  • Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
  • Wal Jamaala Jamaaluka
  • Wal Quwwata Quwwatuka
  • Wal Qudrata Qudratuka
  • Wal Ishmata Ishmatuka
  • Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
  • Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
  • Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
  • Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
  • Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
  • Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
  • Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
  • Aatini Maa Ataita Ibadikash Shalihin

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،

Maksdunya:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha-Mu, kecerahan itu ialah kecerahan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Duha-Mu, kecerahan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Doa Dhuha merupakan amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam, dilaksanakan di waktu pagi dan membawa berbagai kelebihan, termasuk:

  1. Ketenangan Hati: Memulakan hari dengan Doa Dhuha membantu mendapatkan ketenangan dan mengurangi stres.
  2. Penawar Kesulitan: Solat Dhuha dikaitkan dengan penyelesaian masalah ekonomi dan kekurangan rezeki.
  3. Pembawa Rezeki: Dianggap sebagai cara untuk mendapatkan berkat dan rezeki yang tidak terduga.
  4. Menguatkan Hubungan dengan Allah: Memberi peluang untuk mendekatkan diri dan memperdalam hubungan spiritual dengan Allah.

Leave a Comment