Solat Sunat Sebelum Subuh : Niat, Cara, dan Kelebihannya

Terdapat satu solat sunat yang ramai orang tidak melaksanakannya, padahal amat besar sekali ganjaran diterima apabila mengerjakannya. Ianya adalah solat sunat sebelum subuh.

Bagaimana Cara Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh?

Cara mengerjakan solat subuh adalah sama sahaja seperti solat sunat lain. Ianya dilakukan sebanyak 2 rakaat. Baca Al fatihah dan surah pilihan pada kedua-dua rakaat. Kemudian tertib sehinggalah salam

Apakah Niat Solat Sunat Sebelum Subuh?

Niat solat sunat sebelum subuh adalah seperti berikut:

  • Usolli sunnatas subhi rok’ataini lillahi ta’ala

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah taala.

Selepas itu barulah mengerjakan solat subuh. Untuk belajar membaca doa qunut semasa solat subuh lihat Doa Qunut: Bacaan dalam arab dan rumi.

Apakah Kelebihan Solat Sunat Subuh?

Solat sunat fajar atau solat sunat Subuh adalah ibadah sunat yang sangat dituntut untuk kita melakukannya. Tidak dinafikan lagi terdapat banyak kelebihan dan pahala yang dijanjikan kepada sesiapa yang melaksanakannya. Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Riwayat Muslim (725)

Solat sunat Subuh termasuk di dalam kategori solat sunat rawatib yang dibuat sebelum solat fardhu bagi melengkapkan kekurangan ketika melakukan solat fardhu seperti tidak khusyuk atau tidak memahami dan tadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi ala al-Khatib, 1/413-414)

Pada bulan ramadahan, jangan lupa baca niat puasa harian pada malam hari atau sebelum solat subuh.

Leave a Comment