Doa Qunut Solat Subuh (Arab, Rumi dan Maksudnya)

Dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah, ustaz ataupun ustazah ada mengajar kita cara bacaan doa qunut. Doa qunut ini boleh dibaca semasa menunaikan solat subuh sama da sendirian mahupun berjemaah. Artikel kali ini berkongsi artikel teks arab bacaan doa qunut berserta bacaan rumi dan juga maksudnya.

Bacaan Doa Qunut

  • اللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
  • وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
  • وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
  • وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
  • وَقِنِيْ شَرَّ مَاقَضَيْتَ،
  • فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
  • وَاِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
  • وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
  • تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
  • فَلَكَ الحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
  • أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
  • وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ
  • وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Doa Qunut rumi

Bacaan doa qunut rumi adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Allahummah dini fii man hadait,
  • wa ‘afini fiman ‘afait,
  • wa tawallani fi man tawallait,
  • wa barik li fi ma a’thait,
  • wa qini syarra ma qadhait,
  • fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik,
  • wa innahu la yazillu man wa lait,
  • wa la ya’izzu man ‘adait,
  • tabarakta rabbana wa ta’alait,
  • fa lakal hamdu a’la ma qadhait,
  • wa astagfiruka wa atubu ilaik,
  • wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi
  • wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam.

Maksud:

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

“Ya Allah tunjukkanlah aku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk.
Berilah kesehatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesehatan.
Peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau lindungi.
Berikanlah keberkahan kepadaku pada apa yang telah Engkau berikan.
Selamatkanlah aku dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan.
Engkaulah yang menghukum dan bukan dihukum.
Tidak hina orang yang Engkau jadikan pemimpin.
Tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.
Bagi-Mu segala pujian di atas apa yang Engkau tentukan.
Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-MU.
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kurnia atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
keluarga, dan para sahabatnya.”

Semoga artikel mengenai doa qunut ini dapat menjadikan solat subuh anda lebih sempurna pelaksanaanya, tidak kiralah anda sebagai seorang pelajar, guru mahupun ibu bapa.

baca juga:

Leave a Comment