Solat Tahajud: Cara, Panduan Lengkap, dan Doa-Doa

Solat tahajud merupakan salah satu perkara yang sering dilazimi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Mengamalkan solat tahajud di sepertiga malam merupakan satu ibadah yang dituntut dilakukan oleh umat islam.

Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dilaksanakan selepas bangun dari tidur. Ianya dikerajakan selepas tengah malam.Adalah afdal ianya dilakukan secara bersendirian dan disarankan sebagai amalan tambahan seharian umat islam.

Antara tujuan solat tahajjud adalah sebagai tanda penghambaan kepada Allah SWT dan dekatkan diri kepada penciptanya. Juga sebagai erti kesyukuran di atas nikmat yg Allah berikan..

Cara Mengerjakan Solat Tahajud

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Cara-cara mengerjakan solat tahajud bermula dengan niat,kemudian solat sebanyak 2 rakaat sehingga selesai.

Niat mengerjakan tahajud

أُصَلِّيَ سُنَّةَ التَّحَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Usolli sunatan Tahajudi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.”

Pada rakaat pertama baca Surah Al Fatihah dan Surah Al-Kaafirun.

Rakaat kedua membaca Al fatihah dan Surah Al Ikhlas.

Atau, boleh juga

Pada rakaat pertama baca Surah Al Fatihah dan Ayatul kursi (Sebanyak 7 kali).

Rakaat kedua membaca Al fatihah dan Surah Al Ikhlas (sebanyak 11 kali)

Memberikan salam.

Berdoa. Anda bolehlah berdoa mengikut apa yang anda doakan. Allah maha pendengar. Bahkan jika anda berdoa dalam bahasa apa sekalipun, Allah memahami dan dengar doa kita.

Namun, jika anda perlukan doa khusus untuk dibaca selepas solat tahajud, boleh baca doa di bawah ini.

Secara ringkasnya seperti berikut:

  1. Niat solat tahajud
  2. Solat 2 rakaaat sehingga selesai memberikan salam
  3. Berdoa

Doa Solat Tahajud

Berikut adalah doa yang boleh diamalkan selepas solat tahajud.

doa selepas tahajud
Maksud doa ini:
doa tahajud

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda mengerjakan solat tahajud dengan sempurna. Bagi pelajar pula, selepas mengerjakan solat tahajud bolehlah menelaah sedikit nota-nota mata pelajaran, insyaallah waktu ini adalah waktu di mana ilmu mudah untuk meresap ke dalam kepala.

Leave a Comment