Sumber tenaga dunia dibahagikan kepada sumber tidak boleh baharu dan boleh baharu. Sumber tidak boleh baharu seperti petroleum, gas asli, dan arang batu memainkan peranan utama dalam ekonomi global tetapi tidak lestari. Sebaliknya, sumber boleh baharu seperti suria, hidro, dan biojisim semakin menjadi tumpuan untuk pembangunan mampan.
Sumber Tenaga Tidak Boleh Baharu di Dunia
Sumber | Negara Pengeluar Utama |
---|---|
Petroleum | Amerika Syarikat, Arab Saudi, Rusia |
Gas Asli | Rusia, Iran, Amerika Syarikat |
Arang Batu | China, Amerika Syarikat, India |
Petroleum dan Gas Asli di Brunei Darussalam
- Menyumbang kepada ekonomi Brunei sebagai eksport utama.
- Lokasi penting: Medan Minyak Champion, Medan Minyak Rasau.
Arang Batu di India
- India adalah pengeluar ke-4 terbesar dunia.
- Kawasan utama: Jharkhand, Odisha, dan Chhattisgarh.
Sumber Tenaga Boleh Baharu di Dunia
Jenis Tenaga | Negara Pengeluar / Lokasi |
---|---|
Tenaga Suria | China, Jepun, India |
Tenaga Angin | Belanda, Amerika Syarikat |
Tenaga Hidro | China, Malaysia, Filipina |
Tenaga Ombak | Perancis |
Tenaga Biojisim | Filipina, Brazil |
Tenaga Geoterma | Iceland, New Zealand |
Tenaga Hidrogen | Denmark |
Tenaga Nuklear | Amerika Syarikat |
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Contoh Pembangunan Tenaga Boleh Baharu
Tenaga Suria di China
- China memimpin pembangunan ladang suria terbesar di dunia.
- Ladang suria dirancang di daratan dan angkasa lepas.
Tenaga Hidro di Malaysia
- Empangan terkenal: Empangan Bakun, Empangan Kenyir.
Tenaga Ombak di Perancis
- Lokasi utama: Brittany dan Normandy.
Tenaga Biojisim di Filipina
- Dihasilkan daripada sisa kelapa, jerami padi, dan sisa haiwan.
Tenaga Geoterma di Iceland
- Menyumbang 30% daripada tenaga elektrik negara tersebut.
Tenaga Nuklear di Amerika Syarikat
- Menyumbang 30% daripada tenaga elektrik global.
Kesimpulan
Peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu sangat penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tidak boleh baharu yang terhad. Dengan sokongan teknologi dan dasar global, pembangunan tenaga mampan dapat memastikan masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.
Nota lain: