Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah inisiatif kerajaan Sabah untuk membantu 100,000 rakyat negeri ini dengan pemberian bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan. Program ini bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, lihat sini cara mohon ekasih. Bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Syarat Bantuan SYUKUR
Untuk layak menerima bantuan SYUKUR, pemohon mestilah:
✔ Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.
✔ Berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024.
✔ Bermastautin di Sabah dan memerlukan bantuan kewangan bagi keperluan asas.
Cara Semakan Status SYUKUR
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka melalui:
1️⃣ Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah – https://sukur.sabah.gov.my/
2️⃣ Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
3️⃣ Notifikasi rasmi melalui SMS atau surat pemberitahuan
Jumlah Bantuan SYUKUR
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
🔹 Setiap penerima akan menerima RM300 sebulan.
🔹 Bayaran akan dibuat secara lump sum untuk tempoh tiga bulan sekali, berjumlah RM900 bagi setiap fasa pembayaran.
🔹 Program ini akan berterusan sehingga 31 Disember 2025.
Cara Pembayaran
Bantuan SYUKUR akan dibayar dalam empat fasa, iaitu:
📅 Fasa 1 (Januari – Mac 2025) → Dibayar bermula Februari 2025
📅 Fasa 2 (April – Jun 2025) → Dibayar bermula April 2025
📅 Fasa 3 (Julai – September 2025) → Dibayar bermula September 2025
📅 Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) → Dibayar bermula Oktober 2025
✅ Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran terus ke akaun mereka.
✅ Penerima tanpa akaun bank akan menerima bantuan secara tunai melalui kaunter yang ditetapkan.
Sebagai simbolik pelaksanaan program ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dijadualkan melancarkan Program SYUKUR pada 10 pagi di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Tuaran.
Selain SYUKUR, kerajaan juga menyediakan bantuan STR. Buat Semakan STR di sini.