Cara Keluarkan Duit ASB dengan Mudah

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah satu jenis pelaburan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya bagi golongan bumiputera.

Adakalanya, seseorang itu perlu mengeluarkan duit simpanan di dalam ASB untuk pelabagai jenis kegunaan, contohnya masalah peribadi, perancangan kewangan dan sebagainya.

Ada pelbagai cara anda boleh mengeluarkan duit simpanan ASB anda. Kami akan kongsikan di dalam artikel ini.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Berikut adalah. cara mudah untuk anda keluarkan simpanan ASB secara online.Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam MyASNB pada pautan: https://www.myasnb.com.my/
  2. Login menggunakan ID anda.
  3. Pilih jenis akaun ASB yang anda ingin keluarkan. Contoh ASB, ASB2, ASB Didik dan lain-lain.
  4. Masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan, selalunya 1 unit bersamaan dengan RM1.
  5. Ini bermaksud jika ingin mengeluarkan RM1000, 1000 unit anda perlu keluarkan/withdraw.
  6. Setelah selesai, TAC pengesahan akan diminta. TAC dihantar ke telefon bimbit berdaftar anda.
  7. Setelah pengesahan dibuat, ianya mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk wang masuk ke dalam akaun yang anda daftarkan.

Cara Keluarkan duit ASB melalui kaunter.

Jika tidak ada kemudahan online, ataupun anda ingin wang dimasukkan dengan cepat, bolehlah berurusan melalui kaunter.

  1. Kunjungi mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen bank seperti Maybank, CIMB dan RHB.
  2. Isi borang pengeluaran ASB. (Boleh minta di kaunter).
  3. Bawa bersama dokumen seperti Mykad.
  4. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda.

Cara Keluarkan duit ASB dari Mesin ATM

Cara lain juga adalah dengan menggunakan ATM. Namun tidak semua ATM tersedia fungsi ini.

  1. Masukkan kad ke dalam ATM.
  2. Pilih menu ASNB (Amanah Sahan Nasional Berhad).
  3. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan.
  4. Semak semula maklumat dan sahkan trasanski.
  5. Duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda bergantung kepada jenis bank.

Apa yang perlu anda tahu mengenai pengeluaran ASB

Berikut beberapa perkara perlu anda ketahui sebelum mengeluarkan ASB.

  1. Had maksimum pengeluaran berbeza di kaunter dan secara online.
  2. Jika ingin jumlah besar dalam sekali transaksi, lebih baik menggunakan urusan di kaunter.
  3. Bagaimanapun pengeluaran secara online lebih mudah tanpa perlu beratur di kaunter.

Kesimpulannya, pengeluaran ASB melali online lebih mudah berbanding di kauter dan ATM. Kerana tidak perlu beratur. Selain itu, pastikan maklumat dan dokumen anda lengkap sebelum berurusan. Selain itu, sentiasa buat semakan untuk syarat pengeluaran ASB yang terkini.

Leave a Comment