Cara Renew Roadtax online (tanpa perlu ke kaunter)

Aplikasi MyJPJ kini menjadi pilihan utama untuk memperbaharui cukai jalan dengan mudah dan cepat. Ia adalah langkah digitalisasi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan seperti pembaharuan roadtax dan lesen memandu tanpa perlu hadir ke kaunter.


Langkah-Langkah Memperbaharui Roadtax Online Melalui Aplikasi MyJPJ

1. Muat Turun dan Daftar Aplikasi MyJPJ

  • Muat Turun Aplikasi cari “MYJPJ”:
    • Android: Google Play Store
    • iOS: Apple App Store
  • Pendaftaran Akaun:
    • Buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baharu”.
    • Isi maklumat seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, dan nombor telefon.
    • Tetapkan kata laluan dan lengkapkan proses pendaftaran.

2. Log Masuk ke Aplikasi

  • Gunakan ID pengguna (nombor kad pengenalan) dan kata laluan yang didaftarkan untuk log masuk ke aplikasi.

3. Memperbaharui Roadtax (e-LKM)

  • Pilih menu “Lesen Kenderaan Motor” di aplikasi.
  • Senarai kenderaan yang didaftarkan di bawah nama anda akan dipaparkan.
  • Pilih kenderaan yang ingin diperbaharui cukai jalannya.
  • Klik butang “Pembaharuan”.
  • Pilih tempoh pembaharuan (6 bulan atau 12 bulan).
  • Lengkapkan pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau perbankan dalam talian.
  • Setelah pembayaran berjaya, resit digital akan disimpan dalam aplikasi dan boleh digunakan sebagai rujukan.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu aplikasi MyJPJ?
Aplikasi MyJPJ ialah platform digital rasmi oleh JPJ untuk perkhidmatan seperti pembaharuan roadtax, lesen memandu, dan akses kepada maklumat kenderaan secara mudah.

2. Adakah saya perlu memaparkan cukai jalan fizikal selepas pembaharuan melalui MyJPJ?
Tidak. Dengan pengenalan e-LKM, anda tidak perlu lagi memaparkan pelekat cukai jalan fizikal kerana maklumat kenderaan boleh diakses secara digital melalui aplikasi.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

3. Bolehkah memperbaharui roadtax jika insurans kenderaan belum diperbaharui?
Tidak. Insurans kenderaan yang aktif adalah syarat wajib untuk memperbaharui cukai jalan.

4. Apa perlu saya lakukan jika menghadapi masalah menggunakan aplikasi MyJPJ?
Anda boleh menghubungi JPJ melalui:


Dengan panduan ini, anda dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan anda secara digital dan menikmati kemudahan aplikasi MyJPJ. Pastikan semua dokumen berkaitan disediakan sebelum memulakan proses pembaharuan.

baca: Harga renew lesen memandu.

Leave a Comment