Doa Barang Hilang (Agar Jumpa Kembali) 2025

By Cikgu Mardhia

Manusia memang dianugerahkan dengan sifat lupa yang kadang-kadang dapat menyebabkan kita lupa di mana kita meletakkan barang-barang yang sering digunakan. Kadang-kadang, barang yang baru saja kita gunakan terasa begitu dekat dan kemudian tiba-tiba kita kesulitan mengingat di mana sebenarnya kita meletakkannya. Pencarian yang gigih pun kadang-kadang tidak membuahkan hasil, dan ini boleh menjadi situasi yang membuatkan kita tertekan.Artikel kali ini berkongsi doa yang boleh diamalkan ketika barang hilang.

Doa barang Hilang

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

Doa Barang Hilang Rumi

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Berikut bacaan dalam rumi doa barang hilang.

Bismillahirahman nirrahim.

Yaa Jaa mi annasi liyau milaa roiba fihi, ijma’ alaiya dhoollati.

Kehilangan barang boleh menyebabkan kebimbangan, tetapi Islam mengajar umatnya untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah. Doa memohon dipermudahkan urusan boleh diamalkan untuk membantu menemui barang yang hilang. Rujuk doa dipermudah urusan sebagai ikhtiar tambahan.

Selain itu, ungkapan seperti MasyaAllah dan Haza Min Fadli Rabbi mengingatkan kita bahawa segala sesuatu adalah kurniaan Allah. Bersyukur dan berdoa dengan ikhlas dapat membantu kita menerima ujian dengan hati yang tenang.

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment