Doa Selepas Solat Fardhu (Bacaan Arab dan Rumi)

By infope

Pada artikel kali ini kami kongsikan doa selepas solat yang ringkas dan mudah diikuti. Di internet pelbagai doa selepas solat yang dikongsikan, namun di sini dikongsikan doa yang selalu kita dengar imam membacanya , jadi mudahlah untuk kita amalkan sama ada selepas solat fardhu 5 waktu ataupun solat sunat.

Doa Selepas Solat

Berikut adalah bacaan doa selepas solat.

doa selepas solat.

Panduan Doa Selepas Solat dalam Rumi

Berikut adalah transliterasi di dalam rumi untuk memudahkan pembacaan bagi yang tidak lancar membaca tulisan arab di atas ini.

Doa dalam ejaan rumi:

  • Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik.
  • Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala ‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.
  • Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya arhamarrohimin.
  • Allahumma ‘aa inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika.
  • Allahumma inna nas aluka ‘ill huda wattuko wal ‘afa-fa wal-gri-na.
  • Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ‘ammah
  • Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka ‘alaa kulli syai’in qodir.
  • Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.
  • Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa ‘amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam.
  • Rabbana laa tuzig kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-wahhab.
  • Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna ‘alal qaumil kafirin.
  • Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir ‘anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar.
  • Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar.
  • Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim ‘alaina yaa Allah bi suu ‘ill khotimah.
  • Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam,
  • Subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal mursalin,
  • Walhamdulillahi robbil alamin.

Maksud Doa

  • Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya.
  • Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.
  • Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.
  • Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.
  • Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu. Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan.
  • Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
  • Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi.
  • Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.
  • Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
  • Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka.
  • Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya.
  • Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.
  • Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Semoga doa selepas solat ini dapat membantu anda untuk membaca doa ini dengan lancar , tenang dan fasih.

sumber: Akuislam

Leave a Comment