Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, yang salah satunya adalah manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana. Disebabkan zikir ini, Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Yunus, membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya.
Doa nabi Yunus
Berikut adalah bacaan doa Nabi Yunus:
- لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Doa Nabi Yunus Dalam Rumi
bacaan doa Nabi Yunus dalam tulisan rumi adalah:
- “Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”.
Ianya bermaksud: “Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.” (QS Al-Anbiya’ 87). Doa ini terdapat dalam Surah al-Anbiya ayat 87 di dalam al-Quran.
Kelebihan Doa Nabi Yunus
Kelebihan doa Nabi Yunus antara lain adalah
- dimakbulkannya doa dan permintaan.
- Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.
- Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar, dan doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Doa ini menzahirkan diri kita sebagai hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.