Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

, ,

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?

Keseimbangan Ekosistem

  • Ekosistem: interaksi saling bergantung antara komponen biotik (hidup) dan abiotik (bukan hidup) dalam alam sekitar.
  • Tumbuhan semula jadi adalah komponen penting yang membantu keseimbangan ekosistem.
  • Contoh lokasi: Taman Negara Bako (Sarawak) dan Taman Negara Pahang.

Kawasan Tadahan Hujan

  • Hutan bertindak sebagai span yang menyerap air hujan dan menyalurkannya ke sungai, kolam, dan tasik.
  • Air hujan diserap dan ditapis untuk menghasilkan air bersih.
  • Contoh lokasi: Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak) dan Taman Negeri Royal Belum (Perak).

Sumber Perubatan

  • Banyak tumbuhan hutan digunakan dalam perubatan tradisional dan moden.
  • Bahagian tumbuhan seperti akar, daun, ranting, dan buah digunakan untuk tujuan perubatan.
  • Contoh tumbuhan dan kegunaan:
    • Tongkat Ali (akar)
    • Pegaga (seluruh pokok)
    • Sembong (daun, akar, bunga)
    • Senduduk (daun, pucuk, akar).

Habitat

  • Hutan menyediakan habitat bagi flora dan fauna.
  • Habitat penting untuk perlindungan, keselamatan, dan sumber makanan hidupan liar.
  • Contoh lokasi: Taman Negara Endau-Rompin (Johor) dan Lembah Danum (Sabah).

Sumber Bahan Mentah

  • Hutan menjadi sumber kayu balak untuk industri perabot.
  • Buluh dan rotan digunakan untuk membuat kraftangan.
  • Kayu bakau dijadikan cerucuk dalam pembinaan kerana ketahanannya.
  • Eksport kayu balak memberikan pendapatan kepada negara.

Nota ini adalah dari subjek Geografi Tingkatan 3 Bab 4.

Baca nota lain:

Leave a Comment