Kenaikan Pangkat (AKP) SecaraTBK2 KPM 2024

By infope

Urusan Kenaikan Pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) Di Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024

Kategori Kenaikan Pangkat

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 Ke Gred N26
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 Ke Gred W26
  3. Pembantu Makmal Gred C22 Ke Gred C26
  4. Penyelia Asrama Gred N22 Ke Gred N26
  5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N22 Ke Gred N26

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pemberitahuan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JANUARI HINGGA DISEMBER 2024.

Iklan bagi urusan ini akan dibuka menerusi Sistem ePangkat mengikut tarikh-tarikh penting seperti dalam jadual berikut:

Jadual Tarikh Penting

Bil.TarikhTempohKeterangan
1.12 Ogos 2024 (Isnin) hingga 11 September 2024 (Rabu)31 hariTempoh Permohonan Calon Dibuka
Tarikh Tutup Pada 11 September 2024 (Sebelum Jam 11.59 Malam)

Peringatan!
i. Sebarang pengemaskinian maklumat (termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)) dan perakuan TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh tutup permohonan calon (di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi); dan
ii. Calon bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak dan mengesahkan maklumat/dokumen perkhidmatan yang dimuat naik dan dikemas kini oleh Ketua Jabatan di Sistem ePangkat/eOperasi/HRMIS bagi pemohon masing-masing. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan untuk dikemas kini.
2.12 September 2024 (Khamis) hingga 02 Oktober 2024 (Rabu)21 hariTempoh Perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Timbalan Pengarah JPN/Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian
Tarikh Tutup Pada 02 Oktober 2024 (Sebelum Jam 11.59 Malam)

Peringatan!
i. TIADA sebarang pengemaskinian maklumat (termasuk BPK) dan perakuan dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan calon (di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi); dan
ii. Pengetua/Guru Besar/Timbalan Pengarah JPN/Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang telah dimuat naik.
3.03 Oktober 2024 (Khamis) hingga 23 Oktober 2024 (Rabu)21 hariTempoh Perakuan Penyemak/Pengesah di JPN/Bahagian/IAB/IPGM kepada BPSM, KPM
Tarikh Tutup Pada 23 Oktober 2024 (Sebelum Jam 11.59 Malam)

Peringatan!
Tiada sebarang perakuan dibenarkan selepas tarikh tutup permohonan calon.

Proses Permohonan

Permohonan kenaikan pangkat secara TBK2 wajib dimohon oleh calon sendiri dengan log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan untuk dikemas kini. Pengemaskinian tersebut hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan calon.

Tanggungjawab Calon

Calon adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semakan maklumat dan permohonan masing-masing. Adalah penting bagi setiap calon memastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini untuk memastikan proses kenaikan pangkat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.


Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami proses dan tarikh-tarikh penting untuk urusan kenaikan pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2024. Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat yang diberikan dan bertindak segera untuk memastikan kelancaran proses permohonan anda.

Leave a Comment