Online banking atau perbankan online sekarang ini semakin populer di Malaysia kerana hampir setiap bank menyediakan perkhidmatan tersebut. Maybank juga memperkenalkan Maybank2u (M2U) sebagai salah satu bentuk kemudahan untuk para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan Maybank2u, para pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi.
Apa Itu Maybank2u ?
Maybank2u adalah salah satu aplikasi online yang membolehkan dan memudahkan kita membuat pindahan wang, pembayaran dan pembelian secara online.
Sekiranya anda ingin memiliki akaun maybank2u anda perlu memiliki akaun maybank terlebih dahulu.
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Berikut adalah ciri-ciri Maybank2u:
- Pembayaran bil (air, elektrik, dan lain-lain)
- Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan banyak lagi.
- Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan lain-lain
- Check baki Maybank2u dalam akaun
- Print penyata bank
Syarat Untuk Daftar Maybank2u
Untuk mendaftar Maybank2u anda hanya perlu sediakan:
- Kad debit/kredit Maybank
- No Telefon yang telah berdaftar di sistem Maybank
- Mempunyai akaun semasa atau simpanan Maybank
Cara Daftar Maybank2u di ATM
Sebelum mendaftar Maybank2u, anda perlu daftar nombor telepon anda di salah satu mesin ATM Maybank yang berhampiran. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pergi ke cawangan Maybank yang terdekat
- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM
- Masukkan password kad ATM anda
- Pilih menu Maybank2u
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
- Masukan nombor telefon anda, dan pastikan nombor telefon betul.
- Klik “YA”
- Cetak resit untuk simpanan anda
Cara Daftar Maybank2u Online Banking di Aplikasi Maybank MY
Maybank telah menyediakan perkhidmatan Maybank MY. Tapi tidak semua orang tahu cara untuk menggunakan aplikasi Maybank MY ini.
Oleh itu, anda boleh memuat turun aplikasi Maybank MY di Google Playstore atau App Store dan ikuti langkah dibawah:
- Buka aplikasi Maybank MY
- Klik menu Daftar Maybank2u
- Masukkan nombor akaun maybank, nombor ATM dan PIN ATM Anda
- Pilih mata uang Ringgit (MYR)
- Seterusnya bersetuju dengan Syarat dan Ketentuan
- Masukkan User ID dan Password yang Anda ingin gunakan
- Pilih gambar keselamatan
- Sahkan nombor telefon dan alamat e-mel yang anda gunakan adalah betul. Kemudian pilih Next
- Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda
- Selesai
Cara Aktifkan Maybank2u Online Banking
Selepas mendaftar online banking melalui ATM, anda perlu aktifkan perkhidmatan internet banking melalui laman web maybank2u. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun Maybank2u secara online:
- Sila buka laman https://www.maybank2u.com.my
- Klik Register Now
- Masukan nombor ATM/Debit/Credit
- Masukan PIN (6 digit) yang Anda daftarkan di mesin ATM, klik next
- Masukan username dan password, confirm password, email dan TAC, klik next
- Masukkan security questions untuk keselamatan
- Selesai
Login Maybank2u
Setelah anda berjaya mendaftar dan mengaktifkan perkhidmatan Maybank2u, anda boleh cuba log masuk maybank2u untuk memastikan anda dapat log masuk sistem tersebut.
- Buka laman web https://www.maybank2u.com.my
- Masukkan Username (ID Pengguna)
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda pilih untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U .
- Masukkan password
- Anda berjaya login Maybank2u
login juga ke: