Sebelum kehadiran kuasa Barat di Sabah, pentadbiran di Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu serta Ketua-ketua Bebas. Kedudukan Sabah yang strategik dan kekayaan ekonominya menjadikan Sabah sebagai tumpuan pemodal asing. Dengan strategi pajakan, pembelian, dan perjanjian, akhirnya Sabah beralih ke tangan pemodal asing dan seterusnya dimiliki oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Kemakmuran Sabah Menarik Pemodal Asing
Kedudukan Strategik
- Sabah berada di tengah-tengah laluan perdagangan antara China dan Singapura, berhampiran Kepulauan Sulu.
- Pelabuhan di pantai barat dan timur Sabah penting sebagai laluan perdagangan antarabangsa, terlindung daripada angin monsun, terutama Teluk Gaya.
Kekayaan Ekonomi
- Hasil ekonomi Sabah: sarang burung, sagu, rotan, getah perca, dan sirip ikan yu yang tinggi permintaan di China.
- Kawasan dataran sesuai untuk tanaman komersial seperti kapas, memacu aktiviti pertanian.
Sabah Sebelum Penguasaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Pulau Balambangan
- Pada 1763, perjanjian dengan Kesultanan Sulu membolehkan British mendirikan pangkalan perdagangan.
- Pangkalan ini terpaksa ditinggalkan pada 1805.
Pulau Labuan
- James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Brunei pada 1846 untuk menyerahkan Labuan kepada British.
- Labuan digunakan sebagai pangkalan strategik oleh British.
Nota lain: