Kedudukan strategik dan potensi kekayaan Sabah menarik perhatian pemodal asing. Beberapa strategi digunakan oleh mereka, iaitu dengan menyewa, memajak, dan mengadakan perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Perkembangan ini membawa perubahan ekonomi, sosial, dan politik yang penting di Sabah.
Kronologi Pertapakan SBUB di Sabah
1865:
- Charles Lee Moses menyewa Sabah daripada Sultan Brunei selama 10 tahun.
- Pembelian Hak:Moses menjual haknya kepada J. W. Torrey dan T. B. Harris yang menjadikan Kimanis sebagai pusat kegiatan perdagangan mereka.
1878:
- Alfred dan Edward Dent memajak pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu.
- Baron Gustavus von Overbeck bekerjasama dengan Alfred dan Edward Dent untuk memajukan Sabah.
- Torrey menjual haknya kepada Baron Gustavus von Overbeck.
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
1881:
- Pada Julai 1881, Alfred Dent dan rakan-rakannya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd. dan memperoleh status piagam (Charter) pada 1 November 1881.
1888:
- Borneo Utara menjadi negeri naungan British. Pihak SBUB berusaha memerintah Borneo Utara hingga tahun 1942.
Dengan pertapakan ini, SBUB mengukuhkan kuasa ekonomi dan politik mereka di Sabah, sekali gus meletakkan asas kepada pemerintahan kolonial British di wilayah tersebut.
topik ini adalah dari Sejarah Tingkatan 3 Bab 5.
Nota lain: