Pengurusan hutan di Malaysia melibatkan kerjasama antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Peranan mereka adalah memastikan kelestarian sumber hutan melalui pemeliharaan, pemuliharaan, serta pelaksanaan dasar-dasar berkaitan.
Badan Kerajaan
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Merancang dan memantau pelaksanaan dasar biodiversiti serta perhutanan.
- Mengurus hutan secara berkekalan dan menjalankan penyelidikan.
- Sabah Forestry Department
- Memberi perlindungan dan pemuliharaan rizab hutan berdasarkan Pengurusan Hutan Lestari (SFM).
- Mengurus 49.1% daripada keluasan tanah negeri Sabah.
- Sarawak Forestry Corporation
- Melaksanakan pengurusan hasil hutan dan pemuliharaan hidupan liar.
- Menguatkuasakan pematuhan undang-undang perhutanan.
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Menyediakan teknologi dan pengetahuan untuk pemuliharaan dan pengurusan sumber hutan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan.
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
- Melindungi kawasan biodiversiti untuk penyelidikan, pendidikan, dan rekreasi.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang konservasi hidupan liar.
Badan Bukan Kerajaan
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Menjalankan kempen kesedaran pembangunan lestari.
- Mendidik masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam.
- Malaysian Nature Society (MNS)
- Melindungi kepelbagaian biologi melalui usaha pemuliharaan.
- Memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan.
- The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC)
- Mengawal perdagangan mampan tumbuhan dan haiwan tanpa menjejaskan ekosistem.
- WWF Malaysia
- Menjaga kepelbagaian biologi, memastikan sumber alam diperbaharui, dan menjalankan penyelidikan serta kempen kesedaran.
- Global Environment Centre (GEC)
- Menggalakkan penggunaan lestari hutan serta pemuliharaan tanah lembap.
Penutup
Agensi kerajaan dan bukan kerajaan memainkan peranan penting dalam pengurusan hutan di Malaysia. Kerjasama ini memastikan sumber hutan dipelihara dan dipulihara untuk kelestarian alam sekitar serta manfaat generasi akan datang.
artikel lain: