Idea pembentukan Malaysia melibatkan beberapa usaha yang dicetuskan oleh pegawai British dan penduduk tempatan. Berikut adalah perkembangan idea-idea tersebut:
Idea Pegawai British
1887
- Cadangan awal diusulkan oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara, kepada Dewan Parlimen Britain.
- Beliau mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu, dan NNS untuk meningkatkan potensi ekonomi wilayah ini.
1951
- Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara, mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara.
- Pada tahun yang sama, beliau mengadakan perbincangan dengan Dato’ Onn Jaafar, pemimpin UMNO, dan pihak lain untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, dan wilayah Borneo.
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
1952
- Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, mencadangkan idea penggabungan wilayah untuk tujuan keselamatan.
1960
- Sir Geoffrey Tory, Pesuruhjaya British, memandang penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah strategik untuk kepentingan ekonomi.
Idea Penduduk Tempatan
- 1906
- Majalah Al-Imam menyeru penyatuan raja dan orang Melayu untuk memperkukuhkan pendidikan serta ekonomi Alam Melayu.
1938
- Konsep Melayu Raya diketengahkan oleh nasionalis seperti Ibrahim Haji Yaacob, Harun Aminurrashid, dan lain-lain, yang mencadangkan penggabungan Tanah Melayu dan Indonesia.
1955
- Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan di Persidangan Agung UMNO, mencadangkan penyertaan Singapura, Sarawak, Sabah, dan Brunei ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
1958
- Datu Mustapha Datu Harun dari Sabah menyatakan minat membawa Sabah ke dalam Persekutuan.
1960
- Tunku Abdul Rahman mengumumkan minat untuk menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, dan Singapura.
Rasional Idea Pembentukan Malaysia
Keselamatan
- Menghadapi ancaman komunis di Singapura dan Sarawak.
Keseimbangan Komposisi Penduduk
- Penyertaan Singapura dapat mengimbangi komposisi penduduk antara kaum Melayu dan Cina.
Mempercepat Kemerdekaan
- Pembentukan Malaysia mempercepatkan proses dekolonisasi wilayah-wilayah Borneo.
Pembangunan Wilayah
- Penggabungan wilayah dapat memperluaskan pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
Nota: Artikel ini dirujuk berdasarkan Sejarah Tingkatan 5 Bab 5.
Artikel lain: