Artikel kali ini berkongsi mengenai amalan doa dipermudahkan mendapat zuriat.
Setiap pasangan yang berkahwin tentu menginginkan untuk memiliki cahaya mata. Namun, tidak semua keinginan dapat terwujud meskipun sudah mencuba berbagai jenis pengobatan. Ada pasangan yang sudah mencuba pelbagai rawatan tetapi tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Sebelum mencuba berbagai cara baik secara klinikal maupun tradisional untuk mendapatkan zuriat, sebaiknya amalkan beberapa zikir dan doa untuk mudah dikurniakan zuriat sebagai langkah awal.
Senarai Doa Mohon Zuriat
📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.
Berikut ini adalah beberapa zikir yang dapat diamalkan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Antaranya adalah :
1. Doa Nabi Zakaria AS
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)
2. Doa Nabi Zakaria AS
وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – (Surah Anbiya, ayat 89)
3. Doa Nabi Ibrahim AS
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – (Surah Saaffat, ayat 100)
4. Doa Nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)
5. Surah Al-Furqan, ayat 74
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)
6. Surah Maryam
Surah Maryam memiliki 98 ayat secara keseluruhan dan diturunkan di Makkah. Selain itu, surah ini juga menjadi surah ke-19 dalam urutan surah Al-Quran.
Pasangan suami isteri dapat menggunakan Surah ini sebagai doa yang mujarab untuk memohon zuriat dengan harapan dapat memperoleh zuriat dengan segera.
7. Selawat
Selawat dianggap sebagai salah satu penyebab mudahnya doa kita dikabulkan. Dengan berselawat dan berniat untuk diberikan zuriat. Boleh berselawat dan niatkan agar dikurniakan zuriat.
Umar bin Khattab Ra. berkata: “Saya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas Nabi Muhammad SAW.” (HR. Tirmidzi)
8. Berdoa Ketika Solat Hajat
Solat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang mempunyai keinginan atau kemahuan kepada Allah SWT, termasuk dalam hal memohon rezeki zuriat untuk pasangan suami istri. Dengan banyak berdoa dalam solat, khususnya pada sujud terakhir, semoga apa yang diinginkan dan dimohon dapat dikurniakan oleh Allah SWT.
9. Memperbanyakkan Istighfar
Disamping berdoa, anda juga digalakkan untuk memperbanyak istighfar sebagai langkah tambahan dalam memohon dipermudahkan mendapat zuriat.