Hidupan Liar di Malaysia

, ,

Apa itu Hidupan Liar?

  • Hidupan liar ialah haiwan atau burung liar, sama ada dilindungi sepenuhnya atau tidak.
  • Termasuk vertebrata dan invertebrata.
  • Contohnya, haiwan liar yang tidak mati atau sama sekali tidak boleh dijinakkan.

Contoh Hidupan Liar di Malaysia

Tapir

    • Populasi: 1,100 – 1,500 ekor.
    • Habitat: Hutan tropika.
    • Lokasi: Dari hutan paya ke hutan renek di Semenanjung Malaysia.
    • Cara Pemakanan: Herbivor.

    Harimau Malaya

      • Populasi: 250 – 340 ekor.
      • Habitat: Hutan pamah, paya gambut, hutan gunung.
      • Lokasi: Kawasan berpaya dan berlukar kecil.
      • Cara Pemakanan: Karnivor.

      Beruang Matahari (Beruang Madu)

        • Populasi: Tidak diketahui.
        • Habitat: Hutan tropika hingga 2,700 meter.
        • Lokasi: Kawasan hutan tropika seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
        • Cara Pemakanan: Omnivor.

        📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

        Badak Sumatera

          • Populasi: Kira-kira 30 ekor.
          • Habitat: Hutan tanah rendah berbukit dan lembah.
          • Lokasi: Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negeri Royal Belum, Sabah.
          • Cara Pemakanan: Herbivor.

          Orang Utan

            • Populasi: 12,300 ekor.
            • Habitat: Hutan tanah rendah, paya, gunung.
            • Lokasi: Sabah dan Sarawak.
            • Cara Pemakanan: Omnivor.

            Penyu

              • Populasi: Tidak diketahui.
              • Habitat: Pantai terbuka, pantai berpasir, dan pulau.
              • Lokasi: Perairan Terengganu, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak.
              • Cara Pemakanan: Omnivor.

              Dugong

                • Populasi: 100 ekor.
                • Habitat: Padang rumput laut.
                • Lokasi: Perairan Johor, Sabah, Sarawak.
                • Cara Pemakanan: Herbivor.

                Enggang

                  • Populasi: Tidak diketahui.
                  • Habitat: Hutan tropika dan subtropika.
                  • Lokasi: Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak.
                  • Cara Pemakanan: Omnivor.

                  Monyet Belanda (Proboscis)

                    • Populasi: Kira-kira 5,000 ekor.
                    • Habitat: Hutan paya bakau.
                    • Lokasi: Sungai Kinabatangan, Sugut (Sabah).
                    • Cara Pemakanan: Omnivor.

                    Gajah Pygmy

                    • Populasi: Kurang 1,500 ekor.
                    • Habitat: Tanah rendah berbukit dan lembah.
                    • Lokasi: Sabah (Hutan Simpan Tabin, Hutan Kinabatangan).
                    • Cara Pemakanan: Herbivor.

                      Glosari

                      • Vertebrata: Haiwan bertulang belakang.
                      • Invertebrata: Haiwan tidak bertulang belakang.
                      • Herbivor: Pemakan tumbuhan.
                      • Karnivor: Pemakan daging.
                      • Omnivor: Pemakan tumbuhan dan daging.

                      Latih Diri

                      1. Apakah yang dimaksudkan dengan hidupan liar?
                      2. Mengapakah hidupan liar perlu dilindungi?

                      Nota ini merangkumi keseluruhan maklumat daripada buku teks Geografi tingkatan 3 bab 5.

                      Nota lain:

                      Leave a Comment