Hidupan liar memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem dan menyumbang kepada pelbagai aspek kehidupan manusia. Usaha melindungi hidupan liar adalah amat penting bagi memastikan kelestarian alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Kepentingan Hidupan Liar
1. Keimbangan Ekosistem
- Memastikan kelangsungan hidup haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara langsung atau tidak langsung.
- Komponen utama dalam siratan makanan yang menyokong kestabilan ekosistem.
- Organisma membantu mengubah aliran tenaga dan nutrien ke tanah melalui proses penguraian.
2. Ekopelancongan
- Pelancongan berasaskan sumber alam semula jadi dan pemuliharaan hidupan liar.
- Aktiviti utama:
- Melihat dan berinteraksi dengan hidupan liar seperti orang utan di Sepilok dan gajah di Kuala Gandah.
- Mendidik masyarakat tentang usaha pemuliharaan.
- Membuka peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong dan jurulatih skuba.
- Contoh lokasi: Taman Negara Similajau (Sarawak), Sungai Kinabatangan (Sabah).
3. Pendidikan
- Menyediakan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran tentang biodiversiti.
- Aktiviti pendidikan:
- Penyelidikan untuk menambah pengetahuan baharu.
- Program kitar semula dan inovasi teknologi mesra alam.
- Kerjaya profesional seperti penyelidik dan ahli forensik.
- Penerapan biodiversiti dalam mata pelajaran seperti Geografi dan Sains.
- Contoh lokasi: Taman Negara Kuala Koh (Kelantan).
4. Melestarikan Biodiversiti Negara
- Usaha pemeliharaan spesies haiwan dan tumbuhan.
- Menggalakkan penyelidikan untuk melindungi spesies yang terancam.
- Data spesies dilindungi:
- Burung (1,260 spesies)
- Mamalia (440 spesies)
- Reptilia (317 spesies).
Glosari
- Tinja: Najis.
- Konservasi: Pemeliharaan hidupan liar secara sistematik.
- Arachnida: Haiwan berkaki lapan seperti labah-labah.
- Biodiversiti: Kepelbagaian spesies hidupan dalam ekosistem.
NOTA INI ADALAH BERPANDUKAN BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 5.
Nota lain: