Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia

By Cikgu Mardhia

Penglibatan manusia dalam pelbagai aktiviti seperti pembalakan, pengkuarian, pembinaan empangan, pertanian, dan pengangkutan telah memberikan kesan negatif kepada hidupan liar di Malaysia.

Pembalakan

  • Kemusnahan habitat flora dan fauna.
  • Permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan.
  • Mengurangkan proses sejatan peluhan.
  • Meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera, menyumbang kepada pemanasan global.
  • Tanah menjadi tandus dan berlakunya banjir di kawasan rendah.
  • Hidupan liar diancam kepupusan akibat kehilangan habitat.
  • Pencemaran sumber air.

Pengkuarian

  • Aktiviti letupan bongkah batu mengakibatkan kemusnahan habitat hidupan liar.
  • Bunyi bising mengganggu kestabilan ekosistem.
  • Pencemaran udara akibat habuk debu.
  • Pencemaran air dari larian permukaan yang membawa bahan toksik ke sungai.
  • Kawasan rendah terdedah kepada risiko banjir.
  • Hidupan liar terpaksa mencari habitat baharu untuk kelangsungan hidup.

Pembinaan Empangan

  • Kemusnahan hutan yang besar.
  • Kehilangan habitat hidupan liar.
  • Mengganggu keseimbangan ekosistem dan rantai makanan.

Pertanian

  • Kawasan hutan diteroka untuk tanaman seperti getah dan kelapa sawit.
  • Landskap asal berubah dan rantaian makanan dalam ekosistem terganggu.
  • Kualiti tanah merosot akibat penanaman monokultur.
  • Hidupan liar kehilangan habitat semula jadi.
  • Pencemaran air disebabkan racun serangga dan baja yang mengalir ke sungai.

Pengangkutan dan Perhubungan

  • Pembinaan jalan raya di kawasan tinggi mengakibatkan:
  • Penebangan hutan yang luas.
  • Habitat hidupan liar terganggu.
  • Kemalangan hidupan liar akibat dilanggar kenderaan.
  • Hidupan liar terpaksa mencari habitat baharu.

Nota Tambahan

  • Latih Diri: Huraikan bagaimana pembinaan empangan memusnahkan habitat flora dan fauna.

Nota ini adalah dari Geografi Tingkatan 3 Bab 5.

Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.

Nota lain:

Tentang penulis
Cikgu Mardhia
Seorang enthusiast dalam bidang pendidikan dan cakna dalam isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Leave a Comment