Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia

, ,

Pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia memainkan peranan penting dalam melindungi biodiversiti dan ekosistem alam semula jadi. Usaha ini dilaksanakan melalui undang-undang, kesedaran masyarakat, pusat konservasi, dan program pendidikan bagi memastikan kelangsungan hidup hidupan liar serta keseimbangan ekosistem.


Undang-undang

  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985
  • Menwartakan kawasan kaya biodiversiti seperti taman laut.
  • Hukuman denda dan penjara untuk pesalah yang mencemarkan alam sekitar.
  • Memastikan pemantauan alam sekitar seperti air, udara, dan tanah.
  • Akta Perhutanan Negara 1984
  • Mengawal penebangan, pengurusan, dan pembangunan hutan.
  • Melarang pengambilan hasil hutan di kawasan simpan kekal.
  • Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
  • Mengeluarkan lesen untuk pemohon berkenaan hidupan liar.
  • Melindungi habitat hidupan liar melalui rizab.

Kempen Kesedaran

  • Kempen Save The Day
  • Menyelamatkan penyu dan harimau.
  • Memberi kesedaran tentang kepupusan haiwan.
  • Kempen We Hug Tapir 2018
  • Meningkatkan kesedaran tentang tapir sebagai spesies terancam.
  • Memberi pendidikan tentang kepentingan menjaga tapir.
  • Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik
  • Melatih masyarakat menggunakan bahan mesra alam seperti beg biodegradasi.
  • Hari Tenggiling Sedunia
  • Meningkatkan kesedaran untuk memulihara tenggiling.
  • Menangani isu perdagangan haram tenggiling secara global.

Pusat Konservasi dan Taman Negara

  • Pusat Konservasi
  • Ditubuhkan untuk penyelidikan, pendidikan, dan ekologi.
  • Contoh lokasi:
    • Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (Sabah).
    • Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Pahang).
  • Taman Negara
  • Kawasan dilindungi seperti Taman Negara Endau-Rompin (Johor) dan Taman Negara Kinabalu (Sabah).

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Tujuan Penyelidikan
  • Mengenal pasti habitat dan penyakit spesies hidupan liar.
  • Menjalankan kajian untuk menambah baik populasi spesies terancam seperti tapir dan matahari.
  • Contoh Projek
  • Kajian tentang penyu oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Kajian tapir di Malay Tapir Conservation Centre.

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

  • Objektif EIA
  • Meramal kesan pembangunan ke atas alam sekitar.
  • Menilai kos faedah kepada masyarakat.
  • Perundangan
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  • Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara 5 tahun.
  • Contoh Aktiviti Memerlukan EIA
  • Pembinaan empangan melebihi keluasan 400 hektar.
  • Projek resort tepi pantai dengan lebih 80 bilik.

Pendidikan Alam Sekitar

  • Kepentingan Pendidikan
  • Melatih murid memahami konsep pembangunan lestari.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan isu alam sekitar.
  • Aktiviti Pendidikan
  • Lawatan ke hutan simpan dan pusat pemuliharaan seperti Hutan Simpan Bukit Nanas (Kuala Lumpur).

Penutup

Pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar memerlukan komitmen pelbagai pihak termasuk kerajaan, organisasi, dan masyarakat. Usaha ini penting bagi memastikan kesinambungan biodiversiti untuk generasi akan datang.

Nota ini adalah dari subjek Geografi tingkatan 3 Bab 5.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Nota lain:

Leave a Comment