Akronim SMPK digunakan untuk Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan. Informasi pelajar dari institusi-institusi prasekolah termasuk institusi prasekolah swasta dikumpulkan oleh sistem pangkalan data ini.
Menurut kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, data-data ini dianggap penting kerana mempermudahkan tugas pemantauan dan penilaian pendidikan di peringkat prasekolah secara lebih menyeluruh. Setiap guru di prasekolah dianjurkan, bukan diwajibkan, untuk mengemaskini informasi pelajar mereka.
Objektif SMPK
Tiga objektif utama sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem maklumat yang bersepadu, memastikan capaian data di semua peringkat dengan mudah dan memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat.
Join Channel Bantuan B40 untuk bantuan terkini yang ditawarkan.
Kelebihan menggunakan sistem ini antaranya adalah sistem maklumat yang bersepadu dan tepat, penggantian sistem merekod maklumat secara manual dan mengelakkan ketidakseragaman format kutipan maklumat yang menyukarkan dan menyebabkan kekeliruan.
Sistem SMPK difokuskan untuk pengguna seperti :
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Jabatan Pelajaran Negeri
- Pejabat Pelajaran Daerah
- institusi-institusi prasekolah
- serta pelaksana seperti prasekolah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
- Tadika KEMAS
- Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Tadika Swasta.
Login ke dalam SMPK
Bagi pihak pengguna dan pelaksana, sistem ini boleh diakses dengan memasuki laman web SMPK pada alamat:
- https://smpk.moe.gov.my/
- Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan dan dengan mengklik ikon anak panah untuk log masuk.
- Setelah log masuk berjaya, maklumat terkini para pelajar boleh dikemaskini.
SMPK KPM (Sistem Maklumat Pendidikan Khas) ialah platform yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurus data pelajar pendidikan khas. Sistem ini membantu dalam penyelarasan maklumat, pemantauan, serta penilaian keperluan pelajar berkeperluan khas bagi memastikan mereka menerima sokongan yang sesuai. Untuk akses sistem pendidikan lain, guru dan pelajar boleh menggunakan IDME sebagai pintu masuk ke aplikasi rasmi KPM.
Selain itu, guru boleh menguruskan maklumat perkhidmatan mereka melalui eOperasi yang menyimpan data berkaitan penjawatan dan rekod sekolah. Bagi pengurusan kewangan sekolah, SPPAT digunakan untuk menguruskan pembayaran elaun murid dan peruntukan kewangan pendidikan khas.