Sumber Semula Jadi di Malaysia

, ,

Sumber semula jadi adalah bahan atau punca yang terdapat di permukaan bumi, dalam bumi, atau di dalam air yang memberikan manfaat kepada manusia. Sumber ini terbahagi kepada dua jenis utama iaitu sumber boleh baharu dan sumber tidak boleh baharu.


Apakah Maksud Sumber Semula Jadi?

  • Sumber boleh baharu: Sumber semula jadi yang tidak akan habis walaupun digunakan secara berterusan.
  • Sumber tidak boleh baharu: Sumber semula jadi yang boleh habis jika digunakan tanpa kawalan.

Sumber Boleh Baharu

  • Kategori utama:
  • Hutan: Hutan hujan tropika, hutan pantai, hutan gunung, hutan paya.
  • Suria: Cahaya matahari.
  • Tanih: Laterit, gambut, aluvium, pasir.
  • Air: Sungai, paya, laut, empangan, kolam, tasik.
  • Sumber tenaga alternatif:
  1. Berasaskan alam semula jadi seperti suria, air, angin.
  2. Bersifat mesra alam, menggantikan bahan api fosil.
  3. Contoh tenaga alternatif: hidroelektrik, suria, biomassa, geoterma.
  4. Lokasi penting di Malaysia:
    • Hidroelektrik: Empangan Kenyir (Terengganu).
    • Suria: Pemasangan panel solar di bangunan rumah.
    • Biomassa: Miri dan Sri Aman (Sarawak).
    • Angin: Pulau Layang-Layang (Sabah).

Sumber Tidak Boleh Baharu

  • Ciri-ciri:
  • Sumber yang boleh habis jika pengekstrakan berlebihan.
  • Melibatkan sumber mineral.
  • Jenis sumber mineral:
  • Logam:
    • Emas (barang kemas).
    • Bauksit (asas aluminium).
    • Bijih timah (piuter).
    • Bijih besi (barang logam).
    • Kuprum (wayar).
  • Bukan logam:
    • Kaolin (tembikar).
    • Batu granit (industri pembinaan).
    • Pasir (barang kaca).
    • Arang batu (industri melebur besi).
    • Petroleum (bahan bakar).
    • Gas asli (industri kimpalan).

Penutup

Malaysia kaya dengan sumber semula jadi yang memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat. Namun, pengurusan sumber ini perlu dilakukan secara bijak untuk memastikan kelestarian dan keseimbangan alam sekitar. Dengan menggunakan sumber boleh baharu dan alternatif, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tidak boleh baharu.

Nota ini adalah dari buku teks Geografi Tingkatan 3 bab 5.

📚Join Whatsapp Channel Info Pelajar untuk lebih bahan rujukan belajar.

Nota lain:

Leave a Comment